Adsense

Saturday, June 22, 2024

Kesihatan Mental: Jangan Ambil Mudah


Baru-baru tuk kita dikejutkan dengan kematian seorang pelajar sebuah universiti awam yang meninggal dunia selepas lemas di tasik universiti yo... Punca sebenar kematian sampe kinek tuk maseh menjadi tanda tanyak namun yang pasti hasil bedah siasat dan siasatan pihak berkuasa menunjukkan sik ada sebarang unsur jenayah terlibat...

Ado khabar angin madah mungkin kerana tekanan, ado juak nengar khabar angin lain madah ado kaitan dengan perkaro ghaib, serto macam-macam gik teori lain yang tersebar... Walau apopun hanya Allah jak tauk apo yang sebenar telah terjadi kepada arwah dan kito doakan semoga allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh...

Tekanan atau stress, sesuatu yang pasti semuo kito bernamo manusio tuk akan hadapi sik ngiro umo, latar belakang, bangso dan agama... Mbiak kecik boleh stress mun nak dipintak sik dituruti, orang kejo boleh stress mun duit gaji baruk masuk alu abis sik sampe sehari, pelajar boleh stress mun assignment lom siap sedangkan esok dah nak anta ngan pensyarah... Pendek dan panjang kato, selagik namo kito manusio, memang kompom buah karom wano merah akan ado raso stress yo...

Yang membezokan hanyalah tahap stress yang dihadapi, samo ado ikit, sederhana atau berat yang boleh menjejaskan kesihatan dan kehidupan mun sik diatasi atau dicarik jalan untuk menangani ey... Caro menangani juak main peranan penting... Caro mengatasi banyak tapi haruslah ekot caro yang betoi, bukan caro bukan-bukan yang boleh memudaratkan bukan jak dirik empun tapi juak ahli keluargo dan orang sekeliling... 

Masalah kesihatan mental bukan perkaro main-main... Banyak yang kecundang kerana sik tauk apo caro terbaik untuk mengatasi... Banyak yang kecundang kerana orang sekeliling sik ambik peduli... Dan banyak yang kecundang kerana ada yang bukan jak sik peduli, tetapi menjadi penambah kepada tekanan yang sedio ado dengan menjadi pisok yang merobek lukak kecik menjadi lebih besar... 

Kredit gambar: Facebook Sinar Harian

Selain yo, bilo stress juak akan menjadikan sistem imun tubuh kito lemah dan penyakit mudah nak datang dan lambat nak pergi... 

Ingatlah, mun ado orang sekeliling yang meluahkan rasa hati atau perasaan cidak, jadilah pendengar yang baik... Kadang-kadang dengan meluahkan perasaan cidak, walaupun masalah belum selesai, tetapi sekurang-kurangnya cidak akan rasokan beban di dada jauh berkurangan mun dibandingkan dengan masalah yo hanya disimpan di dalam hati...

Adakala cidak hanya nak mencari teman untuk berkongsi rasa, yang sudi menjadi pendengar, dan sik menghakimi cidak... Mun nak berik nasihat, pastikan nasihat yo sik memberikan impak negatif... Dan andai cidak perlukan khidmat kaunseling, bantu cidak dengan rujuk kepada kaunselor yang bertauliah agar cidak dapat dibantu dengan sebaik mungkin...

Selain yo, aktiviti fizikal juak boleh membantu untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi... Senaman secara berkala dapat mengurangkan hormon kortisol iaitu hormon yang dihasilkan ketika kito stress dan seterusnya menjadikan emosi kita lebih bagus... 

Makanan pun boleh membantu... Bilo makan makanan yang disuko, yo juak boleh membantu menghasilkan hormon gembira yang seterusnya memperbaiki mood dan emosi... 

Apa yang penting, jagalah kesihatan mental sebaik yang mungkin... Bila mental sik sihat, maka fizikal juak akan menerimak tempias... Sebab yo kito harus sentiaso mengawal tekanan yang dihadapi agar ianya sik menjadi lebih terok dan seterusnya menjejaskan kehidupan seharian kito... 

Wassalam... 

No comments:

Post a Comment